ISI KANDUNGAN
1. Jenis kemalangan yang sering berlaku semasa melakukan pemasangan perkakasan komputer ialah:
B )
Kebakaran Elektrik
Ciri-ciri Daya Elektrostatik
Fenomena Harian Yang Berkaitan Dengan Cas Elektrostatik
MENGENAL PASTI KAEDAH PENCEGAHAN CAS
ELEKTROSTATIK
Kaedah Pencegahan Cas Elektronik
Esd Tali Pergelangan Tangan
Beg Antistatik
Semburan Antistatik
B) PEMUTAR SKRU
Masalah Yang Biasa Terjadi Ketika Pemasangan
Komputer
A) Komputer Tidak Menyala
Kepanasan
Serangan virus dan spyware
Penyelesaian
B.Kegagalan Proses Boot
Penyelesaian
1. Jenis kemalangan yang sering berlaku semasa melakukan pemasangan perkakasan komputer ialah:
Jenis2 kemalangan yang sering berlaku semasa melakukan
pemasangan perkakasan computer:
Kejutan elektrik
- Kejutan elektrik berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja.
- Arus elektrik yang melalui tubuh badan berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh, berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan.
- Antara punca punca kejutan elektrik ialah penebatan yang kurang baik, pembumian yang kurang sempurna atau penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak dan kerosakan perkakas elektrik.
- Kebakaran elektrik berlaku akibat daripada litar pintas atau beban arus yang tinggi dalam litar pada peralatan yang disambungkan.
- Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Kebakaran elektrik adalah berpunca daripada kilat dan penggunaan kabel yang tidak sesuai dengan arus yang
Kecederaan Disebabkan Peralatan
- Kecederaan berlaku akibat kelalaian atau perkakasan kerja yang digunakan.
- Pengguna perlu memastikan perkakasan dalam keadaan baik sebelum digunakan.
- Perkakasan yang telah selesai digunakan perlu disimpan di tempat yang sesuai supaya tidak mengganggu laluan
- Cas elektrik yang pegun atau tidak bergerak
- Kajian elektrikstatik disebut elektrostatik.
- Terdapat dua jenis cas elektrikstatik, iaitu cas positif dan cas negatif.
- Cas positif:terdiri daripada proton.Proton tidak boleh bergerak.
- Cas negatif:terdiri daripada elektron.Pemindahan elektron berlaku apabila dua bahan yang berlainan digosokkan bersama-sama.
Ciri-ciri Daya Elektrostatik
- Cas yang sama akan MENOLAK antara satu sama lain
- Cas yang berbeza akan MENARIK antara satu dengan yang lain
Fenomena Harian Yang Berkaitan Dengan Cas Elektrostatik
- Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas kelektrikkan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F)
- Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara cas-cas ini.
MENGENAL PASTI KAEDAH PENCEGAHAN CAS
ELEKTROSTATIK
Kaedah Pencegahan Cas Elektronik
- Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan menggunakan ESD tali
pergelangan tangan , pembumian tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh
lain seperti beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai
antistatik.
Esd Tali Pergelangan Tangan
- Juga di sebut tali antistatic, ia adalah gelang yang dipakai dipergelangan tangan yang mempunyai wayar yang bersambung antara gelang dan klip untuk dikepilkan pada computer.
- Ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif dan boleh merosakkan peranti tersebut.
Beg Antistatik
- Beg antistatik adalah beg yang digunakan untuk menyimpan komponen elektronik, yang terdedah kepada kerosakan yang disebabkan oleh pelepasan elektrostatik (ESD).
- Beg ini biasanya plastik polietilena terephthalate (PET) dan mempunyai warna tersendiri (keperakan untuk filem metallised, merah jambu atau hitam untuk polietilena).
Semburan Antistatik
- Semburan antistatik adalah semburan cecair yang boleh digunakan untuk menghilangkan elektrik statik dan mencegah pengikatan statik.
- Boleh digunakan pada peralatan tertentu,seperti skrin monitor tertentu,gunakan seperti yang diarahakan.
Jenis Peralatan & Fungsi Peralatan Yang Digunakan Di
Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer
A) ESD (Electro Static Discharge)
- Pelepasan elektrokstatik (ESD) adalah aliran elektrik tiba-tiba di antara dua objek yang dikenakan elektrik disebabkan oleh kontak,pecahan elektrik,atau pecahan dielektrik.Penumpuan elektrik statik boleh disebabkan oleh tribocharging atau induksi elektrostatik
B) PEMUTAR SKRU
- Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru.
- Merupakan peralatan utama dalam proses memasang dan meleraikan perkakasan komputer.
- Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+).
- Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai digunakan bagi pemasangan komputer riba (laptop). Ini kerana skru yang digunakan adalah kecil dan berkedudukan yang sukar serta sempit.
C) PLAYAR MUNCUNG TIRUS
- Membengkok dan memotong dawai halus.
- Memegang atau mencapai komponen elektronik
di ruang yang sempit. - Digunakan bagi mencapai kabel atau skru pada kedudukan yang sukar dicapai.
D) PENYEPIT
- Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’ pada papan induk dan cakera keras.
- Mengelakkan komponen rosak akibat dari tangan pengguna yang basah.
Masalah Yang Biasa Terjadi Ketika Pemasangan
Komputer
A) Komputer Tidak Menyala
Kepanasan
- Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
- Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
Serangan virus dan spyware
- Ia adalah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti anda masih belum dikemas kini.
Penyelesaian
- Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan
Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda
juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan
pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan;
Windows 7 – Start> taip Defender dalam kotak carian> Windows Defender.
B.Kegagalan Proses Boot
- Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian
- Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.









NICE
ReplyDelete